Sunday, 7 December 2014

MEMBACA???


·         Membaca merupakan suatu kemahiran yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran, diajar dan diterapkan secara berkesan dan mempunyai hubungan dengan kemahiran mendengar, bertutur, menulis dan mengira.
·         Menurut Anderson dan Pearson dalam Mahzan Arshad (2008:157), “membaca adalah satu proses pembentukan dan pemberian makna menerusi interaksi antara pembaca dengan bahan yang dibaca ataupun proses membina jambatan antara bahan yang dibaca dengan pengalaman latar si pembaca”. Strategi membaca yang digunakan bergantung kepada jenis teks atau bahan bacaan dan tujuan bacaan.


TEKNIK TINJAUAN




Dalam literasi membaca untuk belajar teknik ini bertujuan untuk :

(1) menyediakan murid dengan sistem pendekatan membaca untuk membuat semakan awal (preview) bab kandungan
(2) menyediakan guru dengan pendekatan tambahan untuk digunakan sebagai persediaan murid untuk membaca teks. Dari segi pelaksanaan, teknik ini menyediakan guru mata pelajaran dengan kaedah yang sistematik dan merupakan langkah pertama dalam kaedah membaca SQ3R. Melalui penggunaan teknik ini secara kerap, seseorang guru dapat memandu murid memahami kepentingan melakukan semakan awal sebelum membaca sesebuah teks. Aukerman (1972) mencadangkan 6 langkah prosedur yang boleh digunakan jika kandungan buku teks disusun secara tradisi. Teknik ini akan menjadi lebih mudah jika kandungan bab dalam buku teks tersebut disusun mengikut urutan seperti yang berikut:

· Judul bab

                  · Pengenalan

                  · Tajuk utama dengan subtajuk

                  · Ringkasan

                  · Soalan-soalan reviu, dan

                  · Latihan


Berdasarkan format di atas, guru boleh mengadaptasikan 6 langkah yang dicadangkan Aukerman dengan cara yang berikut: Analisis Judul Bab. Selepas membaca teks bersama-sama dengan murid, guru boleh bertanya murid beberapa soalan seperti, “Apakah pendapat anda tentang perkara yang diceritakan oleh penulis?” “Sejauh manakah anda telah mengetahui kandungan yang dibincangkan dalam topik ini?” “Bagaimanakah kandungan bab ini berkaitan dengan bab yang telah kita baca sebelum ini?”. Aktiviti ini boleh disertai oleh semua murid, tanpa mengira tahap kebolehan membaca mereka.

Analisis Subtajuk.
Guru akan mencatatkan semua subtajuk di papan putih atau menayangkannya untuk membantu murid memahami secara keseluruhan judul bab. Teknik ini sama dengan langkah dua dalam SQ3R, iaitu murid membentuk soalan. Murid dikehendaki menukarkan semua subtajuk dalam bentuk soalan. Penukaran subtajuk dalam bentuk soalan ini lebih memudahkan murid untuk memahami tujuan spesifik pembacaan bagi setiap subtajuk tersebut. Contohnya, bagi subtajuk “Cerpen” ditukarkan dalam bentuk soalan menjadi “Apakah ciri-ciri cerpen?”. Melalui soalan ini, murid menjadi lebih jelas tentang maklumat yang hendak dicari. Soalan-soalan ini boleh dibuat secara sumbangsaran kelas atau kumpulan kecil atau individu. Jika soalan itu dicadangkan oleh kelas, guru mencatatkan cadangan murid di papan putih dan dibincangkan kesesuaiannya. Aktiviti seperti ini boleh dijalankan pada peringkat awal. Jika murid sudah biasa, aktiviti individu lebih sesuai. Sama ada soalan-soalan itu dibina secara kelas atau individu, teknik ini dapat memandu murid membaca dengan lebih berkesan, terutama apabila murid diarahkan membaca teks dengan lebih terperinci.

Analisis Visual.
Biasanya maklumat dalam sesebuah bab boleh diperoleh dalam bentuk visual. Sebahagian murid tidak menghiraukan maklumat ini manakala sebahagiannya pula tidak memiliki kemahiran untuk menterjemahkan maklumat dalam bentuk visual. Langkah ini memberi peluang kepada guru untuk memberi penekanan kepada murid tentang kepentingan maklumat visual. Jika perlu, terutama kepada murid yang belum mahir, guru perlu mengajar murid kaedah untuk memperoleh maklumat daripada teks visual.  Contohnya: guru ingin mengajar watak dan perwatakan dalam cerpen Gelung Terpokah. Guru tersebut perlu memaparkan gambar hiasan yang sesuai dengan watak yang ada dalam cerpen tersebut bagi memudahkan pelajar mendapat maklumat serta bayangan terhadap karya cerpen.

Perenggan Pengenalan. 
Ramai penulis buku teks menggunakan perenggan pertama dan perenggan kedua sebagai memperkenalkan idea-idea penting dalam bab yang akan dibaca. Murid boleh diarahkan untuk membaca perenggan ini secara senyap sebelum guru dan murid melakukan perbincangan. Perbincangan ini sepatutnya tertumpu pada bagaimana maklumat dalam perenggan pengenalan ini selari dengan maklumat yang diperoleh dalam tiga langkah sebelum ini. Guru boleh mengemukakan soalan untuk mendapatkan respons daripada murid. Contohnya, “Sekarang kita telah membaca permulaan cerpen. Bolehkah ceritakan, bagaimanakah maklumat yang terdapat dalam permulaan ini menyokong sebahagian daripada maklumat yang telah diperoleh semasa kita melakukan tinjauan bab ini?”.

Perenggan Penutup.
Biasanya perenggan penutup bagi bab dalam buku teks adalah ringkasan tentang isi kandungan bab tersebut. Dengan membaca ringkasan tersebut sebelum melakukan pembacaan bab sepenuhnya secara terperinci, pelajar akan memperoleh pengesahan tambahan tentang apa-apa yang diperoleh dalam semua langkah tinjauan sebelum ini. Mengesan Idea Utama. Aukerman mencadangkan, selain langkah 4 dan 5, iaitu membaca dan berbincang tentang maklumat dalam perenggan pengenalan dan perenggan penutup,seluruh kelas perlu berbincang dan membina sebuah pernyataan yang ringkas dan padat(concise) untuk menggambarkan idea utama bab tersebut. Pernyataan tersebut perlu dilihat oleh semua pelajar, sama ada ditulis di papan putih atau ditayangkan melalui tranperensi. Dengan menguasai kemahiran ini, murid bersedia untuk membaca buku-buku teks mata pelajaran sekolah dengan lebih terperinci. Dalam pengajaran cerpen, guru haruslah merumuskan idea-idea utama yang terdapat dalam cerpen sebagai imbas kembali kejadian atau peristiwa penting dalam cerpen tersebut.



HUBUNGAN SOAL JAWAB

Definisi Hubungan Soal-Jawab

Hubungan Soal Jawab atau Question Answer Relationships (QAR), telah diperkenalkan oleh Raphael pada tahun 1982. Tujuan teknik hubungan – jawab ialah satu prosedur untuk meningkatkan keupayaan pelajar untuk menjawab soalan pemahaman dengan memberikan mereka makna-makna secara bersistematik yang membolehkan mereka memahami kehendak soalan-soalan yang berlainan.Hubungan soal jawab dijadikan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan keupayaan pelajar untuk menjawab soalan-soalan kefahaman. Pelajar akan belajar secara sistematik untuk menganalisis bentuk soalan yang berbeza .QAR dibangunkan bagi membantu pelajar untuk belajar cara untuk menjawab soalan-soalan berdasarkan apa sebenarnya yang terdapat dalam teks serta menggunakan pengetahuan latar belakang mereka sendiri. Rutin QAR jelas boleh menunjukkan hubungan antara soalan dan jawapan.



Rasional Hubungan Soal-Jawab Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran.

Taffy Raphael menyatakan bahawa hubungan soal jawab dibangunkan untuk menjelaskan langkah-langkah untuk pelajar menggunakan pendekatan tugas membaca teks dan menjawab soalan. Hal ini akan membantu mereka menyedari tentang keperluan untuk mempertimbangkan kedua-dua maklumat dalam teks dan maklumat dari pengetahuan latar belakang mereka sendiri. Oleh itu, rasional menggunakan strategi hubungan soal jawab ini ialah :

1. Menunjukkan hubungan antara soalan dan jawapan.
2. Mengkategorikan pelbagai jenis soalan dan tahap soalan.
3. Membantu pelajar untuk menganalisis, memahami dan bertindak balas terhadap konsep teks.
4. Membantu menyangkal tanggapan biasa yang diadakan oleh pelajar - pelajar bahawa teks mempunyai semua jawapan.


Cara Mengaplikasikan Qar Atau Hubungan Soal-Jawab

Sistem ini adalah berdasarkan Taksonomi yang dicadangkan oleh Pearson dan Johnson (1978) yang menyebut tentang tindak balas kefahaman. QAR juga boleh digunakan dengan laman web dan format media. Sistem ini dicipta supaya pelajar dapat mengenal pasti empat jenis soalan iaitu :

Di situ QARs– Peringkat ini pelajar dapat melihat jawapan berada dalam teks. Keadaan ini selalunya dijumpai apabila jawapan dan soalan berada dalam satu ayat yang sama. Contohnya, dalam puisi-puisi yang mana adanya soalan dan jawapan yang tertentu dalam satu rangkap puisi.

Fikir dan Cari QARs–Peringkat ini jawapan tiada di dalam teks oleh yang demikian pelajar perlu menggabungkan bahagian-bahagian dalam teks untuk mencari jawapannya. Keadaan ini dijumpai apabila jawapan dan soalan tidak berada dalam satu ayat yang sama. 

Saya dan Pengarang QARs – Peringkat ini pelajar sedar jawapan tiada dalam teks dan mereka perlu fikir apa yang mereka tahu dan apay ang pengarang teks kemukakan dan cara untuk mengabungkan semua ini untuk mencari jawapan.

Saya Secara Sendirian QARs -Peringkat ini melibatkan pelajar diperkenalkan cara untuk bertanya sebelum memulakan pembacaan.Peringkat ini dikenali sebagai  Saya Secara Sendirian QARs. Peringkat ini bertujuan untuk mengakses pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan bahan yang dibaca. Dalam membina soalan yang ditanya semasa membaca adalah penting untuk mengimbangi soalan-soalanberasaskan teks dan soalan-soalan untuk membuat inferens tentang teks.











PROSEDUR DALAM HUBUNGAN SOAL JAWAB

Penerangan Prosedur Dalam Hubungan Soal Jawab

Pada pertengahan strategi hubungan soal jawab ini, pelajar akan mula mengenal pasti soalan-soalan sama ada soalan yang sedia ada, soalan yang difikirkan dan dicari atau soalan dari diri pelajar itu sendiri) dengan menggunakan pengetahuan sedia ada, pelajar  perlu belajar untuk menjana jawapan. Raphael telah menyediakan satu garis panduan dan format kepada pelajar untuk menggunakan strategi ketika membaca.Strategi yang dianjurkan ialah memberikan tumpuan ketika pembacaan berlaku kepada tindak balas yang baik untuk membina soalan. Raphael mencadangkan kadar masa seminggu untuk latihan intensif dan diikuti oleh aktiviti-aktiviti penyelenggaraan.Guru perlu mengesyorkan empat pelajaran untuk membuat latihan intensif pada minggu pertama. Antara pelajaran yang disarankan tersebut ialah :


Pelajaran 1

Pelajaran pertama ini bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada kehendak tugasan yang mempunyai soalan berbeza dan menyediakan amalan awal untuk mengenalpasti permintaan soalan untuk jawapan. Raphael telah mengesyorkan supaya guru membincangkan perbezaan antara teks dan pengetahuan sendiri. Tiga peringkat teknik  boleh digunakan untuk petikan yang ringkas.
1.Peringkat pertama : Pelajar diberi peluang untuk membaca petikan dengan memberikan soalan berserta jawapan yang mereka jumpa. Setiap soalan mesti mempunyai hubungan soal jawab. Kemudian pelajar diminta untuk membincang jenis soalan dan jawapan yang dibina.
2.Peringkat kedua : Raphael mencadangkan supaya pelajar diberi peluang untuk menjawab soalan-soalan dengan menggunakan petikan tersebut dan mereka perlu membina satu kumpulan hubungan soal jawab bagi setiap soalan.
3.Peringkat ketiga : Raphael mencadangkan supaya pelajar menentukan hubungan soal jawab dengan bertindak balas kepada jawapan.

Pelajaran 2

Tujuan pelajaran kedua adalah untuk menyediakan pelajar dengan kajian yang berpandukan dengan petikan yang lebih panjang iaitu sekitar 75 hingga 150 patah perkataan. Raphael mencadangkan supaya guru memulakan pengajaran dengan kajian seperti mengkategorikan soalan seperti membina lima soalan yang memerlukan jawapanyang berbeza.
            Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan dan mereka dikehendaki memberimaklum balas yang berbeza. Jadi jawapan yang mereka dapat dalam soalan yang sama adalah berbeza, kemudian mereka dikehendaki memberi penerangan kepada kedua-duakumpulan mengenai hubungan jawapan dan soalan yang mereka dapat. Menurut Raphael,strategi ini adalah sangat tepat digunakan oleh guru untuk menjelaskan alasan jawapanyang diterima adalah berbeza walaupun soalannya sama.

Pelajaran 3

Raphael mencadangkan supaya tugas hubungan soal jawab ini dilanjutkan untuk  pemilihan cerita yang singkat. Beliau mencadangkan supaya guru membahagikan kepada empat bahagian pemilihan yang memberi dua soalan dalam setiap bahagian sebanyak tiga jenis. Bahagian pertama akan siap apabila pelajar mengkaji semula strategi yang mereka gunakan. Kemudian pelajar akan dapat menyelesaikan lagi tiga baki bahagian bebas sebelum mereka memperoleh maklum balas.

Pelajaran 4

Raphael mencadangkan supaya guru menggunakan bahan biasa yang mudah ditemui dalam kelas seperti kajian sosial atau sains. Beliau mencadangkan agar guru memberi laluan kepada pelajar sebagai satu unit tunggal dengan enam soalan daripada kategori hubungan soal-jawab bagi setiap soalan dan menjawabnya.Walaupun begitu, Raphael juga mengesyorkan supaya pelajaran kajian mingguan diamalkan supaya pelajar dapat menjalankan aktiviti yang menyeronokkan seperti permainan mahkamah yang memerlukan pembaca untuk menjawab soalan-soalan daripada pelajar yang memainkan peranan sebagai peguam dengan sumber jawapan.


KELEBIHAN DAN KEKURANGAN SOAL JAWAB

Kelebihan Hubungan Soal-Jawab

Memberi Pendekatan Kepada Pelajar Untuk Membaca Teks Dan Menjawab Soalan.


 QAR atau hubungan soal-jawab merupakan salah satu strategi pengajaran yang telah dibangunkan sejak beberapa tahun yang lalu. Raphael telah berusaha menerokai bidang ini mengikut gred dan keupayaan pelajar yang berbeza. Menurut Raphael, satu kejayaannya ialah beliau berjaya meningkatkan keupayaan pelajar yang di bawah purata gred empat kepada gred lapan. Raphael mendakwa bahawa QAR merupakan strategi yang mudah dipelajari oleh guru.Taffy Raphael, QAR dibangunkan sebagai alat untuk menjelaskan bagaimana pelajar boleh belajar pendekatan tugas membaca teks dan menjawab soalan. Ia membantu pelajar menyedari keperluan untuk mempertimbangkan kedua-dua maklumat dalam teks dan maklumat dari pengetahuan latar belakang mereka sendiri. Tanpa pelajar arahan QAR sering lebih bergantung kepada maklumat teks atau pengetahuan latar belakang.


Kekurangan Hubungan Soal-Jawab

Tidak Pasti Sama Ada Pelajar Dapat Menjawab Soalan Dengan Baik Dalam Jangka Masa Panjang.


Kekurangan data penyelidikan Raphael ialah faedah jangka panjang atau bahaya yang mungkin akan timbul daripada penggunaan strategi ini. Raphael tidak tahu sama ada pelajar pelajar yang telah dilatih untuk melakukan QAR dapat menjawab soalan-soalan dengan baik selepas jangka masa panjang apabila mereka tamat latihan. Hal ini kerana, Raphael tidak mempunyai data deskriptif tentang cara QARs mempengaruhi proses pemikiran yang pembaca gunakan untuk menjawab soalan-soalan dan terus membaca. 


Tidak Dapat Meningkatkan Kefahaman Pada Masa Akan Datang.


Kebimbangan yang disebut berkaitan dengan masalah menggunakan taksonomi. pertama,taksonomi itu bertujuan untuk menerangkan jenis soalan-jawapan dan bukannya untuk memudahkan penentuan jawapan yang betul. Kedua, QAR tidak boleh meningkatkan kefahaman pada masa akan datang. Bagi menentukan sifat hubungan antara soalan dan jawapan seolah-olah mengikuti dari bukannya mendahului menjawab soalan. Jika ini berlaku, QAR mungkin terbaik dilihat sebagai membantu pembaca mencapai maklum balas pada jawapan mereka sebaliknya jawapan kepada soalan.