Sunday, 7 December 2014

HUBUNGAN SOAL JAWAB

Definisi Hubungan Soal-Jawab

Hubungan Soal Jawab atau Question Answer Relationships (QAR), telah diperkenalkan oleh Raphael pada tahun 1982. Tujuan teknik hubungan – jawab ialah satu prosedur untuk meningkatkan keupayaan pelajar untuk menjawab soalan pemahaman dengan memberikan mereka makna-makna secara bersistematik yang membolehkan mereka memahami kehendak soalan-soalan yang berlainan.Hubungan soal jawab dijadikan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan keupayaan pelajar untuk menjawab soalan-soalan kefahaman. Pelajar akan belajar secara sistematik untuk menganalisis bentuk soalan yang berbeza .QAR dibangunkan bagi membantu pelajar untuk belajar cara untuk menjawab soalan-soalan berdasarkan apa sebenarnya yang terdapat dalam teks serta menggunakan pengetahuan latar belakang mereka sendiri. Rutin QAR jelas boleh menunjukkan hubungan antara soalan dan jawapan.



Rasional Hubungan Soal-Jawab Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran.

Taffy Raphael menyatakan bahawa hubungan soal jawab dibangunkan untuk menjelaskan langkah-langkah untuk pelajar menggunakan pendekatan tugas membaca teks dan menjawab soalan. Hal ini akan membantu mereka menyedari tentang keperluan untuk mempertimbangkan kedua-dua maklumat dalam teks dan maklumat dari pengetahuan latar belakang mereka sendiri. Oleh itu, rasional menggunakan strategi hubungan soal jawab ini ialah :

1. Menunjukkan hubungan antara soalan dan jawapan.
2. Mengkategorikan pelbagai jenis soalan dan tahap soalan.
3. Membantu pelajar untuk menganalisis, memahami dan bertindak balas terhadap konsep teks.
4. Membantu menyangkal tanggapan biasa yang diadakan oleh pelajar - pelajar bahawa teks mempunyai semua jawapan.


Cara Mengaplikasikan Qar Atau Hubungan Soal-Jawab

Sistem ini adalah berdasarkan Taksonomi yang dicadangkan oleh Pearson dan Johnson (1978) yang menyebut tentang tindak balas kefahaman. QAR juga boleh digunakan dengan laman web dan format media. Sistem ini dicipta supaya pelajar dapat mengenal pasti empat jenis soalan iaitu :

Di situ QARs– Peringkat ini pelajar dapat melihat jawapan berada dalam teks. Keadaan ini selalunya dijumpai apabila jawapan dan soalan berada dalam satu ayat yang sama. Contohnya, dalam puisi-puisi yang mana adanya soalan dan jawapan yang tertentu dalam satu rangkap puisi.

Fikir dan Cari QARs–Peringkat ini jawapan tiada di dalam teks oleh yang demikian pelajar perlu menggabungkan bahagian-bahagian dalam teks untuk mencari jawapannya. Keadaan ini dijumpai apabila jawapan dan soalan tidak berada dalam satu ayat yang sama. 

Saya dan Pengarang QARs – Peringkat ini pelajar sedar jawapan tiada dalam teks dan mereka perlu fikir apa yang mereka tahu dan apay ang pengarang teks kemukakan dan cara untuk mengabungkan semua ini untuk mencari jawapan.

Saya Secara Sendirian QARs -Peringkat ini melibatkan pelajar diperkenalkan cara untuk bertanya sebelum memulakan pembacaan.Peringkat ini dikenali sebagai  Saya Secara Sendirian QARs. Peringkat ini bertujuan untuk mengakses pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan bahan yang dibaca. Dalam membina soalan yang ditanya semasa membaca adalah penting untuk mengimbangi soalan-soalanberasaskan teks dan soalan-soalan untuk membuat inferens tentang teks.











No comments:

Post a Comment